Monday, June 23, 2014

Sabah Birthday Trip 2013 : Ronda-Ronda Kota Kinabalu

Assalamualaikum w.b.t.

Hmmm lagi beberapa hari birthday suami. Kebetulan pulak hari pertama puasa, 29 Jun 2014. Dah berminggu-minggu fikirkan hadiah. Any idea??? Last year, I hadiahkan suami percutian. Ceewahhh gaya ayat macam orang kaya jek! Iye..I hadiahkan percutian ke Kota Kinabalu, Sabah. Takdelah kaya pon kan sebab kat Sabah jek hahaha. Takpelah janji dapat gembirakan orang tersayang. Diam-diam si isteri book tiket AirAsia hewhew.

I only let him know when we were at Lexis PD. Kengkonon nak surprisekan suami so I suruh dia tutup mata then tadaaaaaaaa....the AirAsia tickets fly to Kota Kinabalu. About 2 weeks before I bagitau dia. Ingatkan nak buat surprise malam birthday tapi lepas dikaji dan dicongak macam agak sukar sebab kalau suami tak ambil cuti rehat camne nak pergi bercuti. So thats why I have decided to make him know earlier.

Flight weols seawal 7.50 pagi. Haruslah awal so sampai dalam tengahari bolehlah buat pelbagai aktiviti. Weols sewa kereta Viva forever RM110/day. Initial plan on first day nak pergi Pulau Manukan. Tapi...alangkah malangnya bila sampai di Jeti Jeselton boat dah berlepas. Sedikit kekecewaan di situ. Sikit saja kecewa tak banyak pong! Sebab weols dah pernah ke Pulau Manukan masa bujang-bujang dulu. Masa tuh weols tak kenal lagi. Masing-masing pergi dengan kawan masing-masing. Suami pergi tahun 2008. Isteri pergi tahun 2009. Nasib baik akal si suami panjang so dia cadangkan jelajah pusing keliling Kota Kinabalu. Yesss, that was a good idea! 


Punyalah semangat siap berpakaian mandi. Apakan daya sobs sobs sobs. So weols teruskan dengan misi "explore tempat orang" dengan menuju ke Karambunai. Teringin jugak nak tengok apa yang best sangat sampaikan kat Nexus Resort & Spa Karambunai harganya RM800/nite. Sampai sana pusing-pusing dalam kawasan hotel and golf course. Macam biasa-biasa jek maybe sebab weols tak explore sampai ke pantai. Maybe!


Lagoon Park Karambunai.

The yacht.
Let's play chess.

Yesss...checkmate!

After Karambunai suami lajakkan lagi pemanduan ke Tuaran. Weols just trial & error ikut tanda arah. Masa kat Tuaran nampak gerai-gerai kat tepi jalan. Usha tengok sekali dia tulis Lokan Panggang! Apalagi si suami stop kereta and ajak pekena lokan.  I was like...oh no! Tak pernah makan dan tak biasa tengok. Suami ayat isteri dengan kata-kata datang tempat orang mesti rasa makanan dorang. Finally I makan jugak. Besar-besar lokan kat sini habaq hang.

Lokan Panggang. Have u ever try it before?

Si dia makan dengan penuh berselera.

Air kelapa muda yang sangat murah dan besar gedabak. 

Sebelum.

Selepas.



Lepas kenyang dah isi perot weols teruskan lagi pengembaraan ke Kota Belud. Jarak dari Kota Kinabalu ke Kota Belud dalam 70 KM. Kiranya sejam jugak perjalanan tapi sebab dok singgah-singgah so tak rasa sangatlah. Sampai kat Kota Belud tengok-tengok kawasan, bergambar pastu balik. Dah maghrib so tak boleh lajakkan lagi pengembaraan. Kang tak pasal-pasal tak sampai hotel. Sampai Kota Belud terus teringat Felix AF3 orang sini.

Pekan Kota Belud.

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kota Belud.

On the way balik ke Kota Kinabalu suami bagitau esok ke Sandakan. Huh! Gilos terkejut dibuatnya. Mau tak terkejut sebab jarak KK ke Sandakan dalam 330KM so almost 6 hours perjalanan dengan kereta. Yeap...itulah suamiku. Penuh dengan kezutan dan penuh bersemangat kehkehkeh. Esok nak ke Kundasang. Nak intai Gunung Kinabalu. Pastu teruskan  misi "explore tempat orang" hingga ke Sandakan. Kita intai apa yang ada kat sana pulak.

Jumpa Lagi! 



No comments:

Post a Comment