Friday, June 10, 2016

CELEBRATING NEW YEAR 2016 AT HONG KONG

Assalamualaikum w.b.t.

Hmmm. Apesal iols takde keinginan dan kekuatan untuk update percutian weols di Hong Kong? Dah enam bulan berlalu dan banyak lagi percutian yang menyusul selepas Hong Kong. Banyaknye entry percutian weols yang terbengkalai tidak di update untuk tatapan sendiri mahu pong untuk uols yang sudi baca blog bersawang nih.

Hari ini tanggal 4 Ramadhan 1437H datang mood nak update year end holiday weols kat Hong Kong. Okay, maka iols is berharap iols dapat kekalkan momentum ini untuk update entry seterus dan seterus seterusnya.

Actually...percutian ini adalah seperti percutian weols yang lepas2 (those reader yang baca previous holiday weols pasti tau weols jenis percutian terancam kahkah) which is jenis last minute plan. Tetapi...yang ini better sikit sebab iols book flight ticket empat minggu sebelum berlepas ke Hong Kong. Yelah.. kalo holiday gi "obersea" yang kena naik flight mestilah iols book awal siket takde la macam road trip hubby bagi notis 24 jam.

Ianya bermula dengan me, me and me. Iols is like memberontak sebab sepanjang 2015 ketika sarat & selepas beranak takde pergi bercuti jauh apatah lagi ke oversea. Iols dah mula bising dekat hubby cakap passport tak bercop lagi untuk tahun 2015. Hahaha boleh camtu? Iyelah tepu iols jadinya tak dapat menikmati alam ciptaan Tuhan. My baby Zara pong pasti berkeinginan nak pergi holiday cuma dia tak reti nak cakap dia just nangis. Dari jeritan baby Zara Mommy tau dia  nak ke Hong Kong hahahahaha.

Once upon a time, iols dok usha tiket AirAsia dan MAS. Asalnya tengok tiket ke Lombok tetibe terbeli ke Hong Kong gittewwww. Gigih iols dok usha tiket satu pagi sampai tak buat keje sebab kena focus hahaha (maafkan saya boss). Iols wish to celebrate New Year 2016 dekat negara sejuk dengan alasan baby Zara tak tahan panas bhabhabha. Just trial and error the date untuk tiket akhirnya dapatlah return ticket KUL-HKG-KUL on 31st December 2015 & 4th January 2016. Sebelum book tiket called hubby and he agreed with my plan kehkehkeh. Once hubby approved then lelaju buat payment for flight tickets.


As for me, iols berpendapat AirAsia return ticket HKG-KUL-HKG  consider murah sebab beli dalam masa yang singkat plus new year eve. Two way ticket fare for adult is RM700/pax and for infant, baby Zara just RM100. The fare is exclude baggage and meals yek! 

Iols chose the depature time to HKG at 1.15 pm at KLIA2. Selalunya tiket murah mesti awal pagi but this time weols feel so lucky sebab dapat noon flight and tak perlu bangun awal and rushing dengan muka mamai nak naik kapal terbang. We parked our car at Putrajaya Sentral with cost only RM5/day and then naik ERL ke KLIA2 at only RM6.20/pax. This is the cost effective rather then weols park dekat KLIA2 or amek cab sebab kosnya berganda2 sangat mahal. Baik iols beli jajan bawak gi HKG rather than perabes duit dok bayar parking or cab. Setuju?


Hi, my name is Zara Aleesya. Tomorrow I will turn to 9 months old.


Bersuka ria dalam ERL. Holiday mood is ON!


#OOTD ayah & anak. Sempoi jek pak nyer!


#OOTD Mommy. Iols is tak nak kalah okay!
 Gigih dok shopping boot and jacket before bercuti.


Arrived KLIA2. 
Check in luggage and stroller. Stroller FOC jek. Luggage masuk cargo while backpack and stroller weols hand carry. Selesa nak tolak baby Zara ke sana ke mari dengan stroller.


Mamam time!
Mommy pagi2 busy dok prepare Zara's food untuk bawak bekal. Baby Zara mamam apple puree.


Dah kenyang,  jom mulakan perjalanan.


Jom boarding. Mommy and Daddy excited giler. Yang si kecik ni layu je kekenyangan.


Okay dia sudah tidoooo.


FYI, baby stroller ni uols tinggalkan jek depan pintu masuk aircraft. Make sure lipat siap2 la senang pekerja dia nak angkut masuk cargo. Iols is prefer to be this way rather than check in mase dekat kaunter sebab takot tercampak2 stroller tu kang rosak pulak. And baby pon more convenience dok dalam stroller sehingga lentok tertido. Weols memang tak bawak baby carrier memang 100% depends on baby stroller. Sebab ianya selesa baik untuk baby mahu pong Mommy and Daddy.


Once boarding si kecik tuh terjaga pulak. 
Seronok dia duk explore segala benda depan mata dia.


Feeding time!


Safely arrived at HKG Airport. The world's busiest airport. Yeayyyyy!!!
Penerbangan KUL-HKG mengambil masa 3 jam 50 minit. One more thing, masa di HKG adalah sama dengan Malaysia tapi jam 6 petang dah gelap yek.


@HKG Airport.
Keluar perut kapal terbang terus rase kesejukan. The temperature was around 15 celcius. Memang awal2 semua pong dah bersedia dengan baju panas mase kat atas kapal. Teruja nye weols! Pasni naik bus ke main terminal airport. Even ramai orang tetapi jangan risau masih ade ruang untuk stroller sebab dah gazette tempat stroller dekat bahagian depan bas.








I am on my way to main terminal by bus.


Kinda weird do. Ramainye Chinese!


Dah check out from imigresen weols terus dapatkan Octopus Card di kaunter dalam HKG Airport. Octopus Card ni macam Touch N Go di Malaysia. Kegunaan Octopus Card adalah untuk bayaran tambang train, bas dan etc. Octopus Card berharga HKD150 dimana HKD50 adalah untuk deposit nanti bila uols return card tu so uols akan dapat refund untuk deposit. Bolehlah buat beli choki choki tak gittew? After that, weols ke kaunter China Travel Service (CTS) untuk beli tiket Disneyland dan Ocean Park. If uols beli kat sini ianya lebih murah berbanding di tempat lain. So buat ape membazir better dapatkan di sini kan? Honestly iols dah tak ingat harga tiket Disneyland and Ocean Park. Yang pasti tiket tersebut lebih murah di CTS berbanding di kaunter theme park or website.


Mamam time again. Feeding with apple puree. Ni tengah queue nak naik bus A21 ke Tsim Sha Tsui. Weols prefer naik bas lebih senang tak perlu nak tukar2 train and cost effective. Bas di HKG sangat mudah dan selesa. Dalam bas disediakan ruang untuk luggage dan stroller plus CCTV pon ade. Perjalanan bas A21 dari HKG Airport ke Nathan Road, Tsim Sha Tsui mengambil masa 45 minit with cost only HKD33. Konsep bas ni sama macam LRT di Malaysia ade announcement bagitau stesen ape next. Tak perlu tekan loceng sebab bas akan berhenti setiap bus stop yang ditetapkan so uols kena tau dimana uols nak turun. Bus stop no berapa?? Sila buat homework lebih awal yek!


. So nak buat ape 45 minit? Jom usha amoi cantek dalam bas.


Lentok nampak?!


Tertido sudah!



Suasana di dalam bas.


Finally we arrived iHotel. Tadi weols tersilap turun stesen sebelum hotel padahal sepatotnya weols turun kat bus stop no 13 betul2 di depan bangunan hotel. Akan tetapi, ia tidaklah semudah yang disangka kerana ia tidak seperti di Malaysia even hotel bajet pong tetap ade signboard sendiri so dari jauh boleh nampak kan? Sebaliknye di sini hanya yang berjenama mewah dan hotel mahal dan gah sahaja yang mampu dibaca dari jauh. Lama jugak weols pusing2 sambil tolak luggage dan baby stroller mencari2 tempat dituju. Sedangkan baby Zara lena diulit mimpi di dalam stroller walaupon orang ramai maklumlah cuaca sejuk sedap la si kecik tu tidur. End up weols called hotel then dorang datang jemput weols. Rupanya depan weols je hotel tu tapi apakan daya memang susah nak carik. Mencanak bil tepon bila balik Malaysia (eh takdelah mahal sangat) sebab weols memang tak beli traveller sim card merasakan ianya tak perlu sebab nak berhubung dengan orang2 Malaysia pakai wifi kan lagi cost effective. Betul tak?


First2 tadi weols dah terkejut sebab hotel tu dalam bangunan yg sempit and macam kena masuk lorong kecik je. Bila sampai dalam bilik mak aiiii keciknye bilik. iHotel bilik kecik ni harga RM500/nite and weols kena bertabah untuk dua malam di sini. Melalui blog yang iols baca biasanya hotel kecik (or maybe kat HKG classified as budget hotel) dalam rate RM200-RM300 tetapi mungkin sebab New Year Eve ianya menjadi mahal apatah lagi weols booked only a few day nak berlepas ke HKG. Plan asal hubby nak check in di Disneyland Hotel tapi full house!! Tak dapat merasa bermalam bersama Mickey Mouse and friend. Somehow its better tak stay kat Disneyland sebab iHotel ni betul2 tengah Kowloon City. Area iHotel namanya Harilela Mansions dipenuhi oleh orang2 Pakistan dan makanan Halal sangat banyak sebab banyak restoran Arab. Kat sebelah iHotel ade iSquare shopping complex so boleh window shopping and also shopping groceries. Nak masak ke? Fireworks for celebrating New Year 2016 pon kat sini so area ni menjadi tumpuan manusia berkumpul reramai. Area ni jugak berdekatan dengan Avenue of Stars. Sadly time weols ke sana ianya ditutup sebab tengah renovation. Tak dapat tengok tapak tangan Bruce Lee sob sob sob.   



Masuk bilik hotel pekena Maggi and roti Gardenia cicah rendang oleh Brahim's. Weols memang bawak banyak bekal makanan of course due to cost effective and kesukaran untuk dapatkan makanan Halal. Akan tetapi depan iHotel memang ade restoran Arab so sepanjang lima hari di HKG weols memang belasah makan kat situ jekla. Nasib baik sedap nasi arab eventhough mahal. Dah bercuti negara maju kenalah terima hakikat currency rate depa lagi tinggi dari weolssss. Makan jekla dengan riang ria sambil convert RM dalam hati. Selain bekal apple puree weols bawak bekal cerelac untuk baby Zara. Iols is Mommy yang very seldom bagi instant food kat baby Zara normally homemade and iols also bekalkan homemade food untuk dia ke taska. But this time iols have to adapt dengan situasi bercuti di negara orang. Janji anakku makan dengan girang perut kenyang suka hati. Selepas menyucikan diri dan siapkan baby Zara now weols bersedia untuk countdown for 2016. 

Jom tengok bunga api yuk! Turun hotel tengok crowd dah makin ramai mengerumuni area tersebut, Weols just tolak jek stroller baby Zara and follow the flow jek. Weols tengok orang menghala ke depan je semua so weols ikut jek. Tak jauh pong dari hotel menapak dengan mudah pakai stroller even ramai giler orang. Frankly, di situ lah iols realize yang sangat mudah pakai baby stroller even nampak crowded giler but still ade ruang and orang sana tetap bagi ruang untuk baby stroller. Patotla hubby disagreed bila iols suggest bawak baby carrier instead of baby stroller. Kalo pakai baby carrier nanti lelama baby Zara rase tak selesa and we, mom and dad also rase penat dok carry almost 7KG all the time. Thank you hubby u are so brilliant. Eh tetibe lak!


#OOTD Countdown New Year 2016.


Mommy nak #OOTD jugak tetapi ini bukan kat SOGO Jalan Tar yek! Lihatlah baby Zara yang layu dan mamai di tiup sang bayu malam yang sejuk. Before countdown baby Zara dah pong terlelap hahahaha. Tak sempat si kecik tuh tengok fireworks. Takpelah nanti tengok kat video henpon jek okay.


The crowd.


Waiting for 2016 and fireworks.


Happy New Year 2016 from Tsim Sha Tsui Hong Kong.



Wishing you guys have a wonderful day ahead.


#OOTD first 2016 mirror selfie LOL!

Panjang jugak iols membebel kat entry ni. Hahaha teruja dan rasa macam nak pergi bercuti lagik dan lagik. Bagi weols beradu dulu sebab esok weols nak bergumbira di Hong Kong Disneyland. Seharian di Disneyland sampai malam rasenye next entry nak tempek gambaq jekla. Boleh?

Jumpa Lagi!

No comments:

Post a Comment