Tuesday, April 18, 2017

ZARA 2ND BIRTHDAY TRIP : CHECK-IN AT HARD ROCK HOTEL PENANG

Assalamualaikum w.b.t.

Asal birthday Zara jek relate dengan air. Asal birthday Zara jek berendam dalam pool. HAHAHA. First birthday Zara weols celebrate at Marina Bay Sands Hotel Singapore now for her second birthday weols celebrate kat HARD ROCK HOTEL PENANG for 3D2N. Pendek kata hotel yang weols stay must have awesome pool for birthday girl berendam. Eh birthday girl je ke? Bukan mak apak dia ke yang overrr?! 

Fyi, party planner for this event was Zara's MOMMY. HAHAHAHA SAJE BAGI CAPS LOCK NAMA MOMMY. (Attention seeker giler babe)! Of course ler for my one and only children Mommy terlebih excited. Siap study kat Instagram uolsss tengok ape props yang biasa owang guna pakai time birthday party. Asalnye iols ade ler usha dengan party planner area belah utara sana tapi quotation RM200 uols just for a few things. Nama pong bisnes kang takkan dia tak nak untung ke iols yang tak nak rugi hahaha. So once tau area umah iols ade party shop ape lagi weekend sebelom ke Penang semangat iols gi melawat kedai tuh and beli a few items but belon helium iols beli sehari sebelom berangkat ke sana sebab belon helium ni tak tahan lama so nak bagi lebih bertahan kena tambah gel treatment. Orang kedai tu cakap boleh bertahan dua hari kembang nyerrr. Modal all the props around RM50 only siap crown DIVA gittewww.


For one and only my princess.


Birthday girl sebok nak segala macam belon yang ade.


Heading to Penang.


Lena sudah birthday girl.


Nampak tak kegigihan seorang ibu demi birthday anak tercinta. HAHA

Hari tuh tengahari baru weols bertolak ke Penang. Around 5PM sampai and check-in di Hard Rock Hotel Penang yang diimpikan. Almost 5 hours jugak baru sampai ke Penang biasalah on and off jammed at highway. Luckily masuk pulau jalan smooth je menuju ke hotel. Jom layan keletah birthday girl while check-in so mengada with her Daddy.


Manjanyerrr dia.


Kamcing sangat hahaha.


Tengok camera.


Ehhh birthday girl tengok sesuatu la. Apakah itu?


Tuuuu dia dah tunjuk dan sesuatu yang menarik perhatian birthday girl.


Sabar sabar pose dulu.


Birthday girl dah ajak ke pool dah. Memang dari receptionist counter dah nampak dah awesome pool. Memanggil manggil gittewwww!


Mommy's turn pulak.


Registration.






*HAHA Landing baik punyerrr*


One with birthday girl.


Two with birthday girl (lagik) *photobomb*


Now line clear one only me bhabhabha.


Telephone is a must 'hello' item once Zara saw it.


THANK YOU HARD ROCK PENANG FOR THE COMPLIMENTARY BIRTHDAY CAKE!









Reaksi reaksi teruja oleh birthday girl bila nampak special cake for her birthday.


Daddy solat while birthday girl busy with her cake.



Okay cepat snap photo dah tak zabarrrrr nak terjun pool.


Jommm terjun pool!


POOL INI AIRNYA CETEK AJEK!

Ni first time Zara pakai pelampung lengan biasa dia pakai pelampung bulat. 
Meraung jugakla at first floating sebab tak biasa asyik tertelan air pool. *Sigh*



POOL INI KEDALAMAN MUNGKIN 5 KAKI

Hujan renyai membasahi weols nasib baik sekejap jek weols tak hirau hujan sebab excited sangat. Berendam first day tak banyak snap gambar sebab semua excited so semua terjun pool. Sempatlah Mommy snap gambar and video Zara main slide. Eh padahal Daddy yang terlebih excited main slide adoyaiiiiiiii...

Hampir Maghrib baru weols balik ke bilik. Birthday girl tertido kepenatan swimming eh mana ade swimming berendam jek sebab takot tak biasa meraung jek kalo tinggal sorang suruh swim sendiri. Padahal weekend dok berendam berenang dalam pool kat umah bukan main lagiks berejam tak nak naik. And Daddy is her swimming coach LOL!

Malam tuh weols dinner di Nando's Gurney Plaza. Dah lewat jugak sampai ke Gurney Plaza maklomlah birthday girl kepenatan tertido bagi dia recharge energy dulu. Tak sempat jalan jalan pong dalam Gurney Plaza sebab keluar Nando's pong semua kedai dah tutup bah. Now jom layan keletah birthday girl sementara tunggu makanan sampai. Ape lagikla dia and Daddy buat tu?


Acah acah merajuk LOLOLO!


Ape tu?


Segala benda Daddy buat semua dia nak ikut. BFF sangat!




Kejam Daddy BHABHABHA



Amacam cantik tak bilik ni?


Birthday celebration postpone to tomorrow okay!

Actually feeling excited nak check-in kat Hard Rock Hotel Penang lebih kurang sama macam nak check-in kat Marina Bay Sands Hotel Singapore (HAHAHA POYO). But seriously that was what I felt. Sebab Hard Rock Hotel Penang memang berada dalam my wanderlust-holiday-list. Teringinlah nak merasa this luxury resort with its awesome pool, its cosy room and to rest and relax with peaceful gittewww. Luxury resort so dikira antara hotel yang harganya mahal so nak merasa jugak best sangat ke hotel tu? Berbaloikah dengan harga? Segala persoalan ini iols akan kupas dalam entry hotel review khas buat Hard Rock Hotel Penang.

Frankly, once I step into its cosy room iols terus jatuh cinta plus its rock deco style and love to relaxing at balcony hirup udara segara facing the sea view and also nampak orang bergumbira mandi manda at pool. Ehhhh nantilah iols share the review about it okayyy.

1 APRIL 2017

Dear ZARA ALEESYA,

Selamat Hari Jadi Ke-2 Tahun. Semoga membesar dengan sihat dan bijak, menjadi anak yang solehah dan menjadi muslimah yang mulia sentiasa meletakkan Allah No.1 dalam segala hal.

Amin ya rabbal amin.

Jumpa Lagi!







Thursday, April 6, 2017

WEEKEND GETAWAY : HI-TEA DI CAMERON HIGHLAND PAHANG

Assalamualaikum w.b.t.

Iya emangnya gueh masih lagi dalam holiday mood. Masih lagik berada di dalam alam 2nd birthday trip Zara Aleesya. BHABHABHA. Payah betol nak move on padahal hari ni dah masuk keje dah tapi jiwa kat tempat sana lagi. Jadiknye hari ini keje dok belek gambar and video sepanjang percutian tuh jekla. Iols harap iols dapat update hot story tuh dalam mase terdekat supaya masih hangat dan tak basi nanti orang dah tak lalu hahaha.

Ape pong iols have to finish up this entry first. Kisah jalan-jalan di hujung minggu weols anak beranak. This story dah nak basi jugakla sebab kisah bulan Oktober 2016. Takpelah basi pong basi lah janji iols abadikan dalam blog bersawang ni untuk tatatapan di masa akan datang. Tak gittewww?

It was a day trip to Cameron Highland. Mendaki ke puncak tanah tinggi pastu mandi kat waterfall after that ngeteh kat ladang teh then back to KayELL. Whatttttt??? Mandi kat waterfall? kat Cameron Highland? HAHAHA. Sila jangan tergezut sangat uols have to know Daddy Zara nih penuh dengan kejutan dan cabaran. Daddy punya minat pada sungai waterfall etc dia akan terjun gak mandi dalam tuh even tempat tu sejuk or whatsoever dia tak pedulik! Dah tuh dia kerah si kecik tuh sekali mandi kat waterfall. Si kecik tuh ape lagi bab air semua dia suka. Seronok la dia melayan xtvt mandi manda dengan Daddy. Mommy tukang tengok dorang mandi manda pong dah cukup bahagia. Ewahhhh....





Air terjun @ Hutan Lipur Lata Iskandar, Cameron Highland.

Selepas puaskan nafsu mandi manda Daddy bersama si kecik then weols sambung pendakian menuju ke Bharatt Teh Plantation kat Tanah Rata. Weols memang pegi pekena teh and kek pastu selebihnye bergambar and layan panorama cantik menghijau serius sangat mendamaikan. Memang itu jek pong motif panjat ke atas sana.









Actually that was second time Zara datang ke Cameron Highland. Yang first time pergi mase cuti Hari Raya Aidiladha memang ramai giler orang. Jalan jammed teruk end up berejam nak mendaki sampai puncak. Pastu hotel pong full house. Lepas ngeteh weols balik KayELL tak jadi check-in sesak sangat. This time datang time weekend better than before perjalanan smooth and objektif tercapai. So sekian dulu cerita ngeteh di Cameron Highland. Yang sebenarnye jiwa masih excited with birthday trip Zara. Iols will update it soon very soon. InsyaAllah!

Jumpa Lagi!