Friday, July 15, 2016

RONDA-RONDA KOWLOON CITY, HONG KONG

Assalamualaikum w.b.t.

Hari keempat di HKG. Bangun pagi feeling so fresh. Beradu dalam kamar best hewhew. Hari ini itinerary free and easy sahaja. Disneyland checked! Ocean Park checked! So husband decided to walkabout and sightseeing Kowloon City. Jom kiteee hop on hop off by bus.

Keluar dari Kowloon Hotel rase sejuk dingin. Hujan gerimis pulak. Hujan renyai-renyai LOL! But life must go on just drizzling so the tour must go on jugak. Tak susah pong dekat HKG ade subway so gunalah laluan dalam tanah tuh so tak kenalah hujan. Tak gitteww?

Weols menapak menuju ke Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier. From Kowloon Hotel to the ferry pier is about 10 minutes  walking distance. Very strategic sangat stay kat Tsim Sha Tsui semua kemudahan just nearby us. First weols akan belayar by ferry then weols gonna sightseeing by hop on hop off bus pulak. We were cruising from Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier to Central Star Ferry Pier about 10 minutes with adult fare HKD2.50 by using Octopus Card. Murah dan mudah bukan?









Before belayar marilah bergambar. Hiks! Tetapi sebelum itu dah ade yang belayar lebih dulu hakhakhak. During the holiday Zara was so easy to handle. Sebab kerjanya tido jek manjang once keluar hotel agaknye bila rase sejuk nyaman plus syok dia landing dalam stroller tuh after a while mesti terlelap si kecik nih. Baguslah anakku tak meragam dan tak banyak ragam bercuti pong senang hati kalo gitu gayanye. Sepanjang bergambar kat luar ferry terminal begitulah Zara Zzzzz. Gambar pong nampak kelam sebab hujan so berkabus tambah pulak musim sejuk memang gloomy jek nampak gambarnye.


Jom naik ferry.



#OOTDrabbit Zzzz


Zara lena bukan main tak sedar belayar dah sampai mane tu?



Awan berarak.


Mendung.


Baru lepas hujan.


Dah nak sampai Central Star Ferry Pier.


Wahhh kelihatan Zara dah terjaga dari tidoq.


Bangkit tidoq terus senyiummm.


Silap bas kahkahkahkah.


 Ni baru bas yang betul.


Dekat Central tak silap ade dua jenis hop on hop off bus. Big Bus offer with packages while the Rickshaw Sightseeing bus just sightseeing pusing2 from Central to Tsim Sha Tsui. Weols just nak sightseeing single ride jek takmau package so weols tak amikla Big Bus. Weols prefer naik Rickshaw Sightseeing bus melalui Heritage Route. Big Buss package tu ratus2 ringgit uolsss Rickshaw bus ni murah ajek tapi iols dah forgot pulak the ticket price. Aiyookkkkk!


Lets hop on to the bus.




Actually hujan mase weols dalam bas tuh tapi gigih nak dok upper deck jugak nak tengok negara orang kena bersemangat. Time nih weols conquer upper deck hahahahaha. Ade banyak stesen and uols boleh choose nak hop off dekat mane. Weols hop off tak jauh from our hotel. Saje nak jalan2 cuci mata tengok shopping mall yang mahal tak hengat, sangat luxury and branded.


Kowloon Mosque on my back.



Sebelum balik hotel weols singgah iSquare (same building with iHotel) beli groceries. Nak masak ke? Takdelah! Beli ape yang perlu untuk isi pewot. Uols jangan tak tau dalam nih ade produk HALAL and paling membanggakan produk from Malaysia like tuna sandwiches etc (dah lupa hakhak). Lepas shopping weols singgah lunch dekat tempat biasa Ziafat Restaurant pastu balik hotel beristirehat uols.







Petang weols jalan2 lagik. Weols jalan2 shopping mall yang berada sepanjang jalan situ. Concept shopping mall kat HKG similar like Orchard Road Singapore jenis sepanjang jalan macam2 mall and luxury brands. Iols is mampu tengok sahaja takde budget untuk shopping handbag sob sob sob. H&M bolehlah hmmm.





Pelbagai reaksi Zara tunggu Daddy shopping.





Now we are heading to Ladies Market. Orang cakap dalam banyak2 market ini yang paling murah. Uols jangan taktau weols menapak ke Ladies Market. Jauh amat weiii about half an hour menapak. Husband decided nak jalan kaki uols. Segala bagai laluan weols lalu lintas jalan ke sana ke mari tak sampai2 jugak Tak sabarnya nak sampai Ladies Market lenguh giler kaki. Nasib baek Zara tolak dalam stroller kalau tak bertambah lenguh. Actually weols taktau sangat laluan ke Ladies Market tu just tanya orang untuk confirm itu jek. Jangan malu bertanya nanti sesat jalan!


Finally sampai Ladies Market.




Lame jugak weols kat Ladies Market. Sesi survey, compare and tawar menawar memang makan mase uols. Beli ole2 untuk family and friends. Ole2 untuk sendiri pong ade jugak. Cuaca yang sejuk dah bertukar rase panas dok dalam Ladies Market. Tempat bersesak ramai orang memang banyak pengeluaran haba daripada badan (memandai jek iols hahaha) so memang kepanasan jugaklah. Laluan balik ke hotel tak sama jalan yang weols datang ke Ladies Market tadik. Rupanya ade jalan lagi dekat dan lurus sahaja. Dah tuh pemandangan pong menarik lalu kedai and shopping mall. Laluan datang tadi dahlah gelap siap lalu kawasan construction lagik rase takot pong yek jugak. Gigih tak weols?



iSquare shopping mall.

Seriously kepenatan menapak habaq hang. Dah puas pusing2 weols balik hotel. Tak sabar nak baring and lunjurkan kaki. Kalo ade orang tolong urutkan pong best jugak. Hmmm. Okaylah weols nak berehat and beradu. Esok dah nak balik Malaysia hati keberatan tak puas lagik bercuti. Bercuti sebulan pong memang takkan puas. Betul tak???

Jumpa Lagi!


No comments:

Post a Comment