Monday, June 13, 2016

RIANG RIA DI HONG KONG DISNEYLAND (PART I)

Assalamualaikum w.b.t.

Haishhh. Banyak giler gambar kat Hong Kong Disneyland dan rase macam nak tempek semua gambaq kat dalam blog bersawang ni. Eventhough uols nampak macam same jek gambaq2 yang iols tempek tapi hakikatnya ia berbeza. Tang mane tuh? Tang Zara lah! Rase nak tempek semua gambaq2 si kecik tu sebab geram tengok expression muka Zara yang berbeza walhal situasinye sama. Korang paham ke ape yang iols  maksudkan?

End up iols terpaksa divide into two entry (Part 1 & Part II) untuk cerita Disneyland sahaja. Kang tempek semua gambar overload pulak. Paling tak syok kang slow loading pulak tak pasal takleh tengok gambar2 memori weols. Sebab gambar2 tuh semua untuk tatapan iols sendiri but at the same time untuk info uols if ade sesape nak ke Hong Kong Disneyland. Hopefully uols tak muntah hijau dengan gambar2 menggamit memori weols nih.

Hari kedua berada di bumi Hong Kong. Selepas breakfast dalam bilik hotel hasil bekalan dari tanah tumpah darahku Malaysia, roti Gardenia cicah rendang Brahim's and Maggi. Zara pong breakfast jugak mamam roti and cerelac. Keluar hotel sejuk dingin bumi HKG rase syok abes. Teruja yang amat cuaca baik konpem tak berpeluh ketiak kahkahkah. Laju langkahku membontoti hubby selaku marshall of the trip. Sebabnya hubby yang buat research and study all about transportation, map and direction tempat2 di HKG. Iols memamg tak amik pot langsung kononnye dah penat trial and error book tiket flight. Cenggituuu pulak hahaha!


Stesen MTR depan iHotel sahaja. Tolak dan usung stroller Zara (if tangga) untuk turun ke stesen MTR (underground). Dekat dan mudah sangat! Meh iols tunjukkan uols step-by-step menuju ke Disneyland. It takes about 45 minutes perjalanan menaiki train dari Tsim Sha Tsui ke Disneyland and uols kena naik tiga trains yang berlainan okay.

1. Naik MTR Line 1 menghala ke Tsuen Wan
2. Turun di Lai King station
3. Tukar ke Thung Chung Line
4. Turun di Sunny Bay station
5. Tukar ke Disneyland Resort Line

Disneyland Resort Line ade satu station je from Sunny Bay. So once train stop turun dan bergumbiralah uols di Hong Kong Disneyland. Disneyland Resort Line ni train dia comel jek dipenuhi dengan arts Mickey Mouse.




*Pakai snow cap sayang kang sejuk pulak*




*Alahai melting mommy tengok panahan mata sayang*


Zara kelihatan steady tetapi sudah mula fokus pada satu arah jek.



*Aduhai sayu je nampak*




#OOTD Disneyland tapi saya macam mamai jek.


*Terlelap sudah Zzzzz (Itulah sebab layu, sayu dan fokus kerana sleepy LOL*


#OOTD Disneyland mommy pulak bhabhabha.


*Wefie*


*Dalam train Disneyland Resort Line kelihatan Zara masih lena dibuai mimpi*


Yeayy arrived at Hong Kong Disneyland. Oh anakku masih lagi lena beradu LOL!





Hong Kong Disneyland; checked!



Jom follow weols mulakan perjalanan ke pintu masuk Disneyland. 


*Wow yellow princess*



*Si kecik dah terjaga dan kelihatan mamai haha*


*Posing lagi ye sabar sayangku si kecik*




Finally sampai jugak depan pintu masuk Disneyland. Punyalah banyak pit stop dok bergambar sakan. Haruslah uols bukan selalu datang sini kalau Disneyland belakang porch kereta hubby mesti tak datang dah and beria sebegitu sekali kan kan kan? FYI, no outside food and drink allowed into Disneyland theme park okay. Once uols nak masuk ke dalam Disneyland the security akan check dengan bersunguh2 bags uols. Weols ade bawak bekal baby food and plain water siap biskut bagai. We put it into Quinny stroller bag. Bag tu memang khas untuk baby stuff. If uols perasan kat gambar stroller tu ade bag attached dekat stroller belah bawah. During inspection nasib baik bag stroller tu lepas masuk maybe dorang tak sangka dalam stroller bag tu ade pelbagai barang not only diapers. Other than that, Zara is fully breastfeeding so memang weols takde bawak any formula milk and bottles just bawak mommy punya jek kehkehkeh.


*Yeah the scenary once enter into Disneyland*


*Zara, chill out please*


*Mommy gaya tetap tak nak kalah*


Finally Zara is really wake up. Mata dah membolatt.


Queue up for our first ride, river cruise.


*Elephant*



*Panjat pokok?!*


Kusyuk tengok ape tu sayang?


Meanwhile waiting for Daddy.






*I LOVE U SAYANG MOMMY*


*Where's Daddy?*


Kebosanan hingga dicampak boot. Tak sejuk ke tu sayang? Mommy and Daddy alternate naik ride. Kang naik serentak sape nak jage si kecik ni? Eventhough ride ni is not extreme macam kat USS just ordinary je the roller coaster tapi best jugak sebab ade reverse motion.


*poo poo*

Baby room yang selesa. Senang baby nak tukar diaper. Daddy memang helpful part yang camni. Kat umah Daddy memang selalu mandikan and tukar diaper Zara. Small matter ah! Poo poo sudah makan belum. So jom kite lunch pewot dah lapar. Eh kat mane nak makan dalam Disneyland ni? Ade Halal food ke? Mahal ke? Ade surau ke? Okay persoalan itu akan dijawab di dalam next entry okayyy. Tak dapat nak muatkan lump sum dalam entry ni terlampau banyak gambar dan cerita yang mahu dikongsi. So stay tune ahaks!

Jumpa Lagi!

No comments:

Post a Comment