Friday, March 11, 2016

Penang : Quick Escape vs Pre-Baby Photoshoot

Assalamualaikum w.b.t.

**HARAP MAKLUM BAHAWA ENTRY INI TELAH DIDERAF SETAHUN YANG LALU. DEK KERANA BUSY SO TERSADAI BEGITU LAMA. DISEBABKAN IOLS TAK KUASA NAK REVISE SENTENCE2 TU SO BACALAH SEPERTIMANA PERASAAN MOMMY-TO-BE**

Chinese New Year (2015). My pregnancy was 36 weeks. Tapi keinginan melancong masih tinggi. Orang lain bersiap sedia kot2 bersalin walhal Iols tak boleh duk diam. Cuti empat hari giler Iols nak terperap jek kat rumah. Boleh jadik tepu minda hahaha. First day CNY Iols terperap kat rumah setelkan housekeeping. Bangun pagi hari kedua CNY terus bisik kat hubby "Jom jalan-jalan..bosang eh! Kerja rumah semua dah setel. Takde ape lagi nak buat". Suami jawab acuh tak acuh boleh lah boleh.

Bangkit dari katil meluru ke dapor. Sediakan sarapan pagi. Iols masak nasi goreng cili padi. Ayam goreng. Keropok goreng. Bancuh kopi panas. Selesai breakfast. Perot kenyang senang hati golek2 depan tv sambil baca newspaper. Jam 11 pagi lontarkan lagi isi hati kepada buah hati. Jom jalan-jalan! Lantas hubby jawab okay "Jom kite ke Penang" Yeaaayabedabeduuuuuu......

Mandi. Bersiap. Packing barang. Packing bekalan. Saje masak sarapan lebih dah standby kot2 nak jenjalan boleh bawak bekal. Hubby sediakan nescafe panas siap masuk dalam flask. Memang maintain panas sampai ke malam habaq hanggggg.


 Bekalan.

Sebelom Zohor weols mulakan perjalanan ke Penang. Tapi ianya bukan straight to the point. LOL! Haruslah perjalanan weols husband wife diselang seli dengan pelbagai pit stop. Belum keluar kawasan Lembah Klang weols dah pit stop. Pit stop pertama adalah di Rawang. Aik Rawang pon dah beria pit stop??? Haaaa...itulah kami! Weols singgah di Emerald Rawang saje nak cuci mata tengok show unit yang berharga 1.5Million.

Show unit itu adalah sangat awesome! Seriously awesome. Design 3 storey simple je perspective view nye tetapi in terms of interior design sangatlah buat hati weols tertambat. So ape lagi weols jalan-jalan pusing keliling show unit ni sambil berangan-angan. Tak salah kan nak berangan???

 Living Hall.


 Sekali dengan dry kitchen.


 Side view.


Santai area.

 Master bedroom. Wardrobe area dah macam kat butik baju.


 Berangan lagik!


Dah dah stop verangan! Sebenarnya banyak gilos weols bergambar kat show unit mewah ni. Sejam lebih jugak lah singgah verangan kat sini. Tapi sebab Iols tau ianya hanya fantasi bukan realiti so Iols decided untuk tempek sedikit jek gambar kat sini. Tak kuasa lah nak kecoh dengan banglo mewah ni. Ehhhh tak kuasa ke tak mampu??? Pffffftttttttttttt

Jom sambung perjalanan balik. Second pit stop adalah Taiping. Dalam entry dulu Iols pernah bagitau kalo weols buat trip ke utara pasti hubby nak singgah kat Taiping. Sebab ape? Macam macam sebab daaaaa.....This time hubby plan for makan and mandi sungai. So sementara sampai ke Taiping untuk xtvt makan dan mandi weols isi pewot dengan bekalan yang dah bawak tu. Semua habis ditelan. Makan yong tau foo di Taiping. Pastu hubby mandi sungai pulak kat Taman Suria. Padahal dah senja kot. Malam tuh singgah Omaq Char Kuew Teow kat Parit Buntaq pulak.

OK muka kembang semangkuk. Excited makan yong tau foo!


Singgah pekena Omaq Char Kuew Teow kat Parit Buntaq. Full house! Dek kerana ramai orang depa buat satu jenis je char kuew teow besar. Mintak kecik? Takde. Mintak special? Takde. Mintak telor? Pon takde. Mintak papadom? Penampaq adeeee...ish!

Lepas dah santap Omaq Char Kuew Teow then weols teruskan perjalanan ke Jawi. Nape Jawi? Nape bukan Jais? Sebab weols nak tumpang bermalam rumah adik hubby kat Jawi. Itu sahaja. Tempoh perjalanan weols dari KL ke Jawi, Penang adalah 10 jam. Almaklumlah banyak pit stop. Takde ape weols nak kejarkan nak rushing2. Dah memang saje nak jenjalan hilang bosan kat KL. Bangun pagi esok tengok kaki Iols sembab giler! First time kaki sembab hokay.

Bangun esok pagi tanpa segan silu breakfast di rumah adik ipar. Setelah kenyang sambung perjalanan weols ke destinasi seterusnya ke bahagian pulau pulak. Mulakan perjalanan dari Second Penang Bridge lepas tu masuk Bayan Lepas. Niat di hati nak pekena Laksa Janggus kat  Balik Pulau tetapi kuciwa. Laksa Janggus belom bukak lagi. Time weols sampai belom lagi Zuhur. Katenye kedai tuh bukak belah petang. Sudahnya weols pekena laksa penang kat Pantai Batu Ferringhi jek. Biasa jek! On the way ke Batu Ferringhi weols bergambar kat atas bukit mane tah. Pastu sampai hujung teluk gamaknya weols jumpa Pantai Pasir Panjang. Apa lagi jom bergambar lagi. Kengkonon pre-baby photoshoot. Boleh gitteewwww??

Penang Island on my back.


Puncak bukit mane tah.

Pantai Pasir Panjang
My baby bump *36 weeks*



*Cam posing dalam majalah Mangga lak ahaks*




My 36 weeks babybump. Lihatlah jemari di kakiku yang super sembab.



Hai baby..buat ape tu?


Singgah di galeri batik.

Tiada Laksa Janggus dan tiada piliihan lain. So weols singgah pekena laksa di tepi Pantai Batu Ferringhi. Takpe lah janji pekena Laksa Penang. Buat alas pewot. Kang baby lapaq kesian dia. Hmmm...tak amik gambar pong laksa kat pantai tu. Malas!


Lepas tu weols ke Padang Kota Lama. Bergambaq sat. Pastu pekena rojak pulak. Keje nyer memang Makan. Makan. dan Makan.


Pastu layan posing kat tepi lautan Padang Kota Lama.


Mee Udang Mak Teh


Lepas puas jalan2 Penang weols terus bertolak balik ke Kay Ell. Weols singgah lagi di Taiping. Pergi Kuala Sepetang pulak nak pekena Mee Udang Mak Teh. Festive holiday memang ramai orang kat kedai Mak Teh. Puas hati dapat penuhi nafsu makan. Siap order satay sekali. Banyak betol melantak. Eh lepas ni kena berpantang so makan la sesuka hatiku. Hiks!

Mak aiiiiiiii besaqnye pewot cheq na. Serius memang besaq gilerrr pewot iols time dah sarat tuh. Boleh slim balik ke lepas bersalin? Eh slim ke? Hahaha. Takpe demi anak tercinta mommy tak kesah janji baby sihat dan selamat deliver nanti. Amin.

Jumpa Lagi!

No comments:

Post a Comment