Tuesday, January 13, 2015

Percutian ke Krabi 2014..again by road trip!

Assalamualaikum w.b.t.

Erm... kisah road trip KL-Krabi-Phuket-Hatyai 2013 pon baru jek siap update. Tapi ini nak update percutian ke Krabi lagi. Ha Ha Ha Ha (gelak jahat kat diri sendiri). Tapi percutian Krabi kali ni bukan cerita basi macam entry sebelum. Yang tuh diupdate kat blog after setahun percutian. Pffffffttttttttt!

Percutian Krabi 3D2N kali ni pong via road trip jugak. Selepas ke Pulau Langkawi pastu ke JB then weols ke Krabiiiiiiiii. Sebenarnya weols attending majlis perkahwinan kat Penang. Dah selesai majlis weols lajakkan perjalanan kengkonon year-end-vacay untuk reward ourselves setelah setahun penat bekerja mencari rezeki. Boleh camtu? 

Kali ni berbeza sebab weols bukan pergi berdua husband & wife sahaja tapi berlima dengan ibu-bapa-nenek-mertua jugak. Sampai Aonang Beach pong dah malam hari so terus dapatkan hotel untuk bermalam. As usual, weols using the same method like previously iaitu walk-in sahaja. Mostly hotel dah full house. Almaklumlah peak season. But finally, weols dapat jugak check-in kat Aonang Phutawan Resort which is sangat tidak mengecewakan! Bilik cantik. Interior design menarik. Suasana best. Cuma agak jauh sikit dari pekan Aonang Beach. Nak kate jauh sangat takdelah. Maybe 2KM jek! Tapi stay kat sini memang kena ada transport. For weols memang tak menjadi masalah sebab weols memang drive kereta ke Krabi. So those yang datang by airway better sewalah scooter or kereta sebab ia memudahkan pergerakan uols. 


**Teaser picture**
Aonang Phutawan Resort. 
Next entry Iols share resort yang weols stay. It is highly recommended!

The next morning, weols mulakan xtvt food hunting. Sarapan pagi. Weols ke gerai yang sama tempat weols borong masa datang last year. Macam biasa gerai tuh ramai pelanggan. Teringin nak makan nasi pulut ayam goreng. Kuih muih pon banyak kat sini. Rasa macam kat Malaysia pulak. Cuma versi berbezalah versi Thailand.


Pilih...Pilih...


Kuih muih Krabi. Lebih kurang sama dengan kuih muih Malaysia kan?

Nasi pulut dan ayam goreng.




I is rambang mata hikhik.

*27th weeks of pregnancy*


Balik resort weols menjamu sarapan pagi. Kejap lagi pick-up akan datang amik weols untuk xtvt island hopping. Semua teruja nak melihat keindahan Lautan Andaman. Nak snorkeling. Nak fish feeding. Nak jumpa Nemo. Semua pong nak lah! Tetapi.................ada sesuatu terjadi. Jeng Jeng Jeng Jeng Jeng.....!!!


Pick-up.


Muka kuciwa dan muka gumbira bersatu.

The tourist.


Bye Bye Phi Phi Island.

Sesampai weols kat tempat berkumpul untuk island hopping, Iols adalah tidak dibenarkan join xtvt island hopping. But why??? Hmmmm..an expectant mother is prohibited to do that such activities. Nahhhhhhh..amik kau! Maka benarlah apa yang dikatakan oleh my sister which preggy women tak dibenarkan naik bot. Apatah lagi Iols yang dah nak masuk 7 bulan dah boyot pewotnya. Actually, its prohibited due to our safety reason. Naik bot berombak-ombak apatah lagi monsoon season ade big wave kate beach girl tuh kang tak pepasal nak berseronok jadi berdukacita. Tak sesuai dan merbahaya kepada ibu mengandung takot membahayakan kandungan. So daripada terjadi sesuatu yang tidak diingini lebih baik kite elak. Tak gittewwww??? Memandangkan ini kali ke2 Iols ke Krabi dan hubby pulak kali ke3 so takdelah rase ralat dan kecewa melampau sebab dah pernah ke Phi Phi Island. Demi baby, Mommy and Daddy berkorban. Janji semunya selamat. While ibu-bapa-nenek-mertua tetap teruskan xtvt island hopping memandangkan they all first time sampai ke Krabi.

So weols balik semula ke resort. Nak tau ape weols buat??? Kata hubby dia mencari tranquility so tak dapat terjun Lautan Andaman jomlah kite terjun swimming pool. Kebetulan pulak time tuh swimming pool masih kosong so weols conquer lah. Agaknya semua pong busy dengan xtvt island hopping. Lets tranquil ourselves!

**They call me SUPERMAN**










K..E.T.E.N.A.N.G.A.N.


K.E.D.A.M.A.I.A.N.


Ehhh...ingat Daddy jek nak swimming? Mommy pon nak jugak...



Haaaa..tu dia!


Dah puas weols berendam dan berenang dan berehat dan dan dan..then weols balik ke bilik. Dahlah hujan. Rasa sangat nyaman dan tenang. Masuk bilik berehat. Layan tv. Pastu weols buat xtvt food hunting lagi. kat Krabi ni memang ramai Muslim so nak dapatkan makanan halal memang senang. Dah la makanan halal banyak. Makanan sedap. Banyak pilihan. Sampaikan yang tak pernah dilihat pong ada kat Krabi ni. The next food hunting I'll share with uols in the next entry okeh!

Jumpa Lagi!







No comments:

Post a Comment