Wednesday, October 29, 2014

Krabi Road Trip : XTVT Island Hopping

Assalamualaikum w.b.t.

Erm about 3 months i've been silent. Last entry on July bout road trip ke Krabi. Konon nak sambung cerita dari KL ke Krabi ke Phuket ke Hatyai tapi mimpi tinggal mimpi. Bukan apa lately I memang takde passion untuk online. Tak kisahlah blog ke, Instagram ke ape-ape jek la surfing internet agak tiada mood. Hari ni tetibe ada rase nak menulis kat blog nak sambung kisah road trip yang dah diperam berbulan-bulan. So, mari kite sambung percutian di Krabiiiiiiiiiiii hehehehe.


Pagi esoknye weols bersiap sedia untuk aktiviti island hopping. If I'm not mistaken the price for island hopping is about 1200 bhatt per person. Tourist agent akan pick up weols kat hotel. So before dorang datang weols haruslah isi pewot dulu. Baru la syok nak snorkeling bagai bile perot kenyang suke hati lalalalalala. Sebabkan weols drive ke Krabi so ianya sangat mudah untuk mencari makan di sekeliling Aonang Beach. Weols tekan minyak kereta pastu pusing-pusing mencari makanan. Finally, jumpa Muslim stall. Lega! Jom kite terjah tengok apa yang ada untuk disantap.

Ramai orang nak isi pewot di pagi hari.

Yesss, ini rezeki weols untuk pagi ni.

Ini dia pulut dimakan bersama ayam goreng. Rasenye kalo ada sambal lagi meleleh bole la jadik ala-ala nasi lemak. Eh ini negara orang so terimalah seadanya makanan ini okeh!

Jom mamammmmmmm

Dah kenyang burppppp...Jom bergambar kenangan di Aonang Beach.

Pemandangan Aonang Beach di sisi kanan.

Pemandangan Aonang Beach di sisi kiri.


Jom balik ke kereta. Nanti kan terlepas van pick up.

Eh jap! Beli waterproof bag dululah. Tak perlu risau barang basah lagiiiiii

Bot ni lar yang bawak weols merentasi lautan Krabi ke Phi Phi Island.

Actually...memang weols hampir-hampir kena tinggal dengan van pick up hahahaha. Sesampai hotel receiptionist cakap van pick up dah datang tadi. Oh no! Nasib baik van tuh datang balik pick up weols. Kalo tak mau menangis kempunan gua!

Yeahhhh..pelayaran bermula!

Inilah tour guide weols. Awek baju biru ni tau bukan jejaka-jejaka itu.

1st pit stop : Bamboo Island which crystal clear water. I like it so much!

Lets enjoying the crystal clear ocean babe!

Kasi chance la hubby posing jap.




OK! Ini selingan @#**&^%

2nd pit stop : Vikingdom... Viking Cave ler!
 Katenye ade kisah yang tersendiri dan ada orang tinggal kat sini.


3rd pit stop : Maya Beach
Kat sinilah Leonardo DiCaprio shooting filem The Beach. Pantai yang awesome. 
Ramai giler tourist especially mat & minah salleh.



4th pit stop : Monkey Beach. It is a beach for feeding the monkeys.

Next pit stop was Phi Phi Island. Tadi dah feed the monkeys now we have to feed ourselves pulak. Kat Phi Phi Island ni agenda dia adalah untuk lunch. All meals have been served ala buffet. So boleh makan seberapa banyak. Boleh tambah berkali-kali. Selagi perot mampu terima semuanya. Sowiii takde gambar. Sebab kelaparan tak sempat snap hahaha.

Souvenir shops at Phi Phi Island.

A lot of souvenir choices at Phi Phi Island.

Sunbathing at Phi Phi Island.

Now nak sambung pelayaran. Hubby menjamu selera buah yang dibeli kat Phi Phi Island tadi. Memang best fruits made in Thailand. Kalo tak percaya tengok mat salleh tuh menjeling seperti terliur kan kan kan.

6th pit stop : Sambung snorkeling kat Reef Cove pulak.

7th pit stop : Ini di tengah lautan. Laki gua tunjuk skill terjun tiruk!

Dalam pukol 4pm weols sampai ke darat. About 8 hours jugaklah jelajah lautan Phi Phi Island. Memang best and puas hati! I paling suka air laut dia yang sangat jernih however takde coral yek sebab it's gone with tsunami kate awek tour guide.

Tadi pagi van datang pick up. Tapi time balik lain macam sket. Tak taula apa nak dipanggil dengan vehicle ni tapi yang pasti dia macam lori kayu yang dibuat seperti bas yang boleh dinaiki seramai ini seperti sardin. But it was a great experience hihi.


Sampai kat hotel. Menuju ke kereta. Then weols singgah solat dekat masjid area situ pastu teruskan perjalanan weols ke Phuket pulak. Kepenatan bermain air dan dilambung ombak tapi hubby gigih teruskan perjalanan ke Phuket dalam 200KM lebih kurang 3 jam. Oh Phuket weols datanggggggggggg......

Jumpa Lagi!




No comments:

Post a Comment