Monday, July 21, 2014

Road Trip 2013 : KL-Krabi-Phuket-Hatyai-KL

Assalamualaikum w.b.t.

Road trip? Iye...betul! Hampir 1000KM perjalanan dari KL ke Phuket. Tapi weols ada banyak pit stop. Pit stop Jitra. Pit stop borders. Pit stop Krabi. Pit stop isi petrol. Pit stop isi pewot. Pit stop solat. Nampak gerai buah segar pong weols pit stop jugak. Janji dapat menikmati alam ciptaan Tuhan dengan penuh keseronokan dan ketenangan serta kebahagiaan. OK jiwang! Perjalanan yang sangat best dan penuh keterujaan. Best sangat kerana tanpa gangguan dan boleh ikut rentak hati weols sendiri.

It was a short notice from hubby. Balik kerja bergegas packing barang keperluan then after Maghrib the journey began. Malam tuh weols singgah bermalam di Jitra rumah abang hubby. 
Esoknye weols mulakan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Krabi. Banyak kereta beratoq nak masuk ke Thailand. Ramai orang Malaysia nak bercuti ke sana. So jangan risau sebab sepanjang jalan memang akan terserempak dengan kenderaan nombor pendaftaran Malaysia. 






Please make sure the fuel is full.
 Sebabnye petrol kat Thailand mahal 2x ganda kita tau.
Songkhla.
Nampak gerai Muslim terus singgah beli alas pewot.
Macam ayam golek.
Baby pineapple yang manis dan sedap.




Confuse kat sini takde arah Krabi. Aiyoo


Bandar Trang. OK weols dah tersesat!
Bangunan kerajaan Thai kot.
Landmark jam besar.
Finally jumpa jalan keluar ke Krabi.
Hubby tanya local people tapi jenuh jugak nak  faham sebab dorang kurang fasih BI.
Padi Siam. 


Singgah solat. 
Malaysian road trip.
Yeahhhh finally its KRABI.


Lapar!  Jom isi pewot dulu.
Rasanya restoran ni lah paling ramai orang Malaysia. Macam kat negara sendiri pulak!
Kelaparan.
Alhamdulillah...kekenyangan!

Weols check-in kat KL House Ao Nang Beach. Weols maen walk in jek dapatlah rate murah about 800 bhatt per nite. But my friend usha dekat agoda dia tengok about RM150. Nasiblah! OKla bilik dia tidaklah mewah tapi selesa. Yang paling penting toilet dia bersih so gua bisa untuk gosok gigi bhahahaha. So weols nak beradu dulu lepaskan penat travel seharian. Pasni I share story sepanjang di Krabi and aktiviti island hopping. Pastu Phuket pulak okay.

Jumpa Lagi!

Wednesday, July 9, 2014

shopping heaven at Orchard Road Singapore

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni tak macam entry-entry sebelum. Kenapa yek? Sebab entry-entry sebelum adalah cerita yang dah agak basi yang dok throwback sejak baru kawen. Means cerita tuh yang setahun dua kebelakang. Kali ni laen. Entry kali ni betol-betol fresh. Fresh dalam ingatan LOL!

Last weekend weols husband wife ke Selatan. Nak kate dah dirancang sangat tak jugak tapi memang ada hubby dok sebut Singapore Singapore Singapore. Plan nak balik ke Melaka hari Sabtu  alih-alih masa nak bertolak ke Melaka masuk kereta hubby cakap jom ke Singapore. Mase tuh memang dah standby passport. So lets go!

Weols ke JB bermalam kat rumah hubby's sister. Lalu JPO haruslah singgah kan. Kalo berkenan boleh shopping terus or at least boleh buat comparison harga kat JPO dan Singapore. I yang macam tak berapa ready dengan plan ni so like takde ape yang nak dibeli just teman hubby shopping.

Si hubby ni pulak salah timing kot. Orang sebok dengan preparation raya yang dia dok beli office attire. Takpelah dia punya sukalah. Weols berbuka kat JPO dengan berbekalkan murtabak yang dah beli kat bazar Ramadhan time on the way tadi. Masa sangat mencemburui weols so sempat grab a few stuff jek sebab JPO's times up. Dah pukol 10 malam tutuplah!

Esok pagi weols bertolak ke Orchard Road. Before that maen dengan anak buah dulu lepaskan rindu. Those yang pernah ke Singapore for sure tau kan Singapore memang shopping heaven. Actually sekarang tengah mid-year sales kat Singapore thats why weols nak memborong kat sana sebab murah compare dengan Malaysia. Aktiviti ni dah macam rutin tahunan weols sebab akan shopping di Singapore every mid-year sales and Christmas sales.

Greeting.

Heading to Orchard Road.

Usually weols mulakan aktiviti kat Paragon Mall. Parking kereta kat situ. Pastu usha usha barang kat dalam Paragon. Lepas dah settle usha dan aim barang yang berkenan weols mulakan tour sepanjang Orchard Road. Usha dulu sebab Paragon last nanti weols akan patah balik ke sini so jom usha dulu tempat-tempat lain kot kot ada lagi menarik dan murah. Kat sini ada macam-macam brand LV, Chanel, Prada, Gucci bla bla bla and even H&M, Forever 21, Cotton ON etc. Dari yang paling mewah dan mahal hinggalah yang paling low profile. Sama jek macam Pavilion, KLCC, 1 Utama cuma bezanya all the boutiques/ mall just bersebelahan di kiri kanan sepanjang Orchard Road. 

Guess jeans semurah S$79. Nak tau dalam RM x 2.5

Longchamp Le Pliage Cuir kat patung tuh around S$690 beza RM400 harga kat Malaysia. 
Additional 10% discount for tourist lagi. Tunjuk passport dapat diskaun.

Paragon Mall.

Saje nak enteprem depan GUCCI.

LV. Chanel.Tengok jek!

Ramai betol orang bersesak kat dalam H&M.

Muka excited tak sabar nak fitting. Panjang Q.

Dah beli pakai terus. Yesss, its me hahahaha.

Crowd.

His favourite shoe PEDRO.

 Hubby tengah fitting. Boring!

Shopaholic

Yang mane satu ok? 
Nak ganti wallet lama hilang kena seluk waktu dalam butik Massimo Dutti kat Pavilion :(

Hubby tengah carik belt pulak.

6 jam RM40 parking caj.
 Singapore der bukan Malaysia. Refer rate kat atas tuh "sebsequent minute" okeh bukan subsequent hour / 30 minutes.

Happy ending sebab apa yang dalam wishlist berjaya borong especially my hubby. Enjoy shopping punya pasal tak rasa langsung lapar. Itu namanya berkat bulan Ramadhan hehehe. Busy shopping gambar pon tak banyak snap terlupa pulak. Biasanya lepas Orchard Road weols sambung kat Marina Bay Mall pulak. Since semua barang berkenan kat sini jek so tak perlu ke Marina. Then straight away back to KL. Lepas tol Senai dah masuk waktu berbuka so berbuka dalam kereta jek la. 

Jumpa Lagi!

Tuesday, July 8, 2014

Sabah Birthday Trip 2013 : Rumah Terbalik waktu nak balik

Assalamualaikum w.b.t.


Selepas dapat berehat dan lelapkan mata semalaman di The Pavilion Hotel, pagi esoknya weols bertolak ke Kota Kinabalu. Tapi sebelum itu, weols isi perot breakfast di hotel dulu. Isi perot kenyang-kenyang then boleh mengembara dengan tenang. Tercapai impian weols nak sightseeing Sandakan pastu balik hehehe. 


Tadi weols dah isi perot. Now turn Viva forever pulak.

Jammed kat Sandakan. Maybe sebab hari Isnin everyone back to work.  

Sandakan ke Lahad Datu around 170KM. Kat persimpangan ke Lahad Datu ada tentera bersenjata tengah mengawal kawasan. Masa ni baru lepas kejadian serangan oleh Sultan Suluk di Lahad Datu.

Suami test kelajuan Viva forever memang laju boleh tekan 140KM. 
Alaaa..ni saja nak hiburkan hati tak nak rasa bosan!

Singgah bergambar kat signage Kinabalu Park sebab semalam tak sempat bergambar kat sini.


Nampak scenery cantik so apa lagi stop kereta then bergambar.
 Gunung Kinabalu on our back!

On the way balik KK dah set nak singgah Rumah Terbalik.  I tau tempat ni dan jatuh suka since my friend upload kat Instagram. So dah set dalam wishlist, a place that we must to visit. Rumah Terbalik ni terletak di Tamparuli dah dekat nak sampai town KK. Ianya memang tepi jalan jek memang boleh nampak dengan mata kasar. Rumah Terbalik terletak di sebelah jalan menghala ke Kundasang, Ranau. Bayaran masuk ke sini RM10 seorang. Jom enjoy the fantastic idea which everything is upside down.

Greeting the visitors.

Beratoq nak masuk dalam Rumah Terbalik.




Gulp!!


Dek kerana terlampau teruja...

I love it!


OMG!

OMG OMG OMG

Camne nak poo poo ni?!

Gosok gigi jap

Alaaa...tak sampai laaaa

 


Lepas dah singgah Rumah Terbalik weols teruskan perjalanan ke KK. Actually dah kesuntukan masa tapi kena singgah jugak. Sampai KK terus ke Pasar Philipines isi perot dulu pastu shopping souvenir sket. Rushing giler so weols split sebab takot dok menunggu masing-masing pilih barang kang terlepas flight pulak. So better split okeh!







Lepas berjaya sambar souvenir yang diingini like pearl, fridge magnet, table runner, t-shirt KK etc pastu gerak ke airport. Alhamdulillah sampai tepat pada masanya. Flight departures on 6.30PM. Nasib selamat sampai ke KL. Mau tak kesuntukan masa jauh kot Sandakan ke KK. Pastu pit stop dan pit stop dan pit stop lagi memang la banyak masa terpakai. Masa boleh pakai eh? Weols puas hati sebab misi "explore tempat orang" accomplished. Tapi kalo ikutkan ada lagi a few places tak sempat singgah cam Fish Spa and Sabah Tea Garden kat Ranau also Ladang Lembu kat Kundasang. Maybe some other times. Okay some other times.


Jumpa Lagi!